Header Ads

test

40 IBU TUNGGAL TERIMA BANTUAN MAKANAN

 


40 IBU TUNGGAL TERIMA BANTUAN MAKANAN

KUPANG- ADUN Kupang, YB Brigedier Jeneral Dato’ Haji Najmi Haji Ahmad (B) menyampaikan bantuan makanan kepada 40 ibu tunggal DUN Kupang di Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR), semalam.

Katanya, beliau prihatin dengan nasib ibu tunggal yang majoritinya dari keluarga B40.

Para penerima merakamkan ucapan terima kasih kepada ADUN atas sumbangan yang diberikan.

Khalijah, 50 berkata, bantuan makanan yang diterima ini dapat meringankan belanja bulanan.

"Alhamdulillah, dapat jugalah ringan belanja dapur bulan ni. Bolehlah duit yang ada kami jimat untuk bulan depan," ujarnya.

"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua"

Tiada ulasan