Header Ads

test

NISA’ KEDAH ANJUR PERTANDINGAN BOWLING PIALA ISTERI MB

 


NISA’ KEDAH ANJUR PERTANDINGAN BOWLING PIALA ISTERI MB

ALOR SETAR – Pertubuhan Nisa’ Kedah menawarkan hadiah bernilai RM500 kepada pemenang pertama Pertandingan Bowling Zon Pertama yang berlangsung di Aman Central, baru-baru ini.

Seramai 48 peserta hadir menyertai pertandingan ini yang dirasmikan oleh isteri kepada Menteri Besar Kedah, Tok Puan Hajah Jusmalailani Jusoh.

Menurut Pengarah Nisa’ Kedah, Najibatul Huda Abdul Rahman matlamat pertandingan ini adalah untuk mencungkil bakat wanita muda dalam sukan.

“Fokus kita adalah untuk membina kecerdasan fizikal mengikut kemampuan dan kebolehan para belia wanita. Ia sekaligus untuk membantu belia wanita membentuk keyakinan diri, semangat kerjasama dan meningkatkan penjagaan kesihatan diri sesuai dengan tuntutan agama Islam,” ujarnya.

Tambahnya, pertandingan ini turut meraikan pemenang tempat kedua yang membawa pulang RM400 dan ketiga RM300.

Beliau turut memaklumkan Pertandingan Bowling Zon Kedua Piala Exco Pembangunan Insan Negeri Kedah, YB Dato' Ustazah Siti Ashah Haji Ghazali bakal diadakan pada 12 Februari nanti.

Pemenang pertama dari Kumpulan Seroja, Nur Jamilatul Husna Mohd Fadzuli, 25 berkata penyertaan yang pada awalnya hanya sekadar suka-suka membuahkan kejayaan yang tidak disangka apabila menyandang gelaran juara.

“Kami dari Kumpulan Seroja berasa bangga kerana dapat menyertai pertandingan yang hebat ini. Kemenangan ini tidak akan dapat kami kecapi tanpa semangat berpasukan, semangat bersaing secara sihat dan keazaman yang tinggi.

“Harapan saya agar program ini dapat diteruskan kerana selain dapat bersukan, para peserta juga boleh berkenalan satu sama lain,” ujarnya ketika dihubungi.

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

Tiada ulasan