Header Ads

test

ASNAF SIK BANGKIT CEBURI PENANAMAN DURIAN



ASNAF SIK BANGKIT CEBURI PENANAMAN DURIAN

SIK - Program ‘Hijau Durian Asnaf Daerah Sik’ menarik minat 408 peserta sebahagian besarnya dari kalangan ibu tunggal.

Ahli Parlimen Sik, Ahmad Tarmizi Sulaiman berkata, program anjuran Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Sik (PUSRASIK) itu dijangka dapat membantu golongan asnaf menceburi pekerjaan dalam bidang pertanian.

Katanya, program ini turut dilaksanakan di tiga lokasi iaitu di Seri Enggang Semaian, Sungai Pau, di Semaian Sik Dalam dan Dewan Komuniti Masjid Qariah Charok Tok Uban.

“Saya berhasrat membantu golongan asnaf di Daerah Sik ini dengan menggalakkan mereka mempergiatkan usaha dalam bidang pertanian khususnya dalam penanam durian bermula secara kecilan di kawasan tanah yang terhad di sekeliling rumah mereka.

“Jika penanaman ini berhasil ia akan dapat menambah pendapatan mereka kerana permintaan buah durian dalam pasaran sangat menggalakkan pada ketika ini dan dijangka akan lebih tinggi permintaan pada beberapa tahun akan datang,” jelas beliau dalam satu kenyataan.

Menurutnya lagi, sebanyak 1,500 anak pokok durian duri hitam diberikan kepada semua peserta yang terpilih.

“Semoga program ini bermanfaat untuk menyuburkan lagi Daerah Sik dengan tanaman durian ini di samping menambahkan serba sedikit hasil pendapatan kepada peserta apabila pohon-pohon yang ditanam ini mengeluarkan hasil buah nanti,” tambahnya lagi.

Turut hadir ADUN Belantik, Ustaz Mohd Isa Shafie, Penolong Pegawai Daerah Sik, Amin Ezat dan Fazaidi Saidin, Penghulu Mukim Teloi, Yusof Abdul Rashid.

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”


Tiada ulasan