Header Ads

test

KERAJAAN KEDAH TAWAR RUMAH FLAT PAYA NAHU KEPADA 30 KELUARGA KAMPUNG BARU PULAU TIGA


KERAJAAN KEDAH TAWAR RUMAH FLAT PAYA NAHU KEPADA 30 KELUARGA KAMPUNG BARU PULAU TIGA

ALOR SETAR - 30 keluarga penduduk Kampung Baru Pulau Tiga, Sungai Layar, Jalan Lencongan Darat yang kehilangan tempat tinggal ditawarkan menghuni di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Flat Paya Nahu, Sungai Layar.

Menurut Menteri Besar, YAB Dato' Seri Haji Muhammad Sanusi Md. Nor, keputusan penawaran tersebut diputuskan dalam Mesyuarat Exco Negeri Kedah yang diadakan Rabu, semalam.

"Kita telah membuat keputusan untuk menawarkan kepada 30 keluarga penduduk terbabit penempatan di Flat Paya Nahu. Disana (Flat Paya Nahu) masih ada 40 kekosongan," ujar Menteri Besar.

Tambahnya lagi, bagi menawarkan rumah yang selesa, kerajaan akan membaik pulih rumah yang mengalami kerosakan yang dianggarkan menelan belanja RM150 ribu keseluruhan.
Namun, 25 unit rumah telah tersedia untuk dihuni segera kerana berada dalam keadaan baik. Bayaran sewa yang dikenakan untuk sebuah rumah hanya RM124 sebulan.

19 Disember lalu, Mahkamah Tinggi Alor Setar mengarahkan 30 keluarga tersebut mengosongkan tanah yang mereka diami kerana tanah tersebut seluas 44.2 hektar itu dimiliki oleh individu lain.

"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua"

Tiada ulasan