Header Ads

test

MAAHAD AS-SYATIRIE TERBAKAR, 15 PELAJAR TERSELAMAT

 


MAAHAD AS-SYATIRIE TERBAKAR, 15 PELAJAR TERSELAMAT

YAN – Seramai 15 pelajar terselamat selepas asrama pondok Maahad As-Syatirie melibatkan surau di tingkat bawah dan asrama di tingkat satu dalam kejadian kebakaran di Dulang Besar, baru-baru ini.

Difahamkan, semasa kejadian kesemua pelajar berada di luar bangunan tersebut melakukan aktiviti luar.

ADUN Sungai Limau, YB Ustaz Mohd Azam Abd Samat hadir ke lokasi bagi menyampaikan sumbangan kepada Mudir Maahad As-Syatirie, Ustaz Zainuddin Zainal.

Ustaz Zainuddin berkata anggaran kerosakan menelan belanja sebanyak RM150 ribu.

“Anggaran kerugian adalah sebanyak RM150 ribu dan kami sangat mengharapkan sumbangan daripada semua untuk bangunkan semula.

“Orang ramai yang ingin membantu boleh berhubung terus Ustaz Zainuddin Zainal 019-4168341/010-8086017 atau boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Bank Islam (0201101012673) Maahad As Syatirie Dulang Besar,” ujarnya.

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

Tiada ulasan