Header Ads

test

PROJEK JENIANG TRANSFER FASA 1 BERJALAN LANCAR


PROJEK JENIANG TRANSFER FASA 1 BERJALAN LANCAR

SIK - Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Tenaga, Bekalan Air dan Sumber Air, YB Dato' Suraya Yaacob membuat lawatan kerja ke Projek Skim Pemindahan Air Jeniang (Jeniang Transfer) Fasa 1 bagi melihat perkembangan pembinaan projek.

Taklimat berkaitan projek terbabit disampaikan oleh Khaliza Sedek, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengairan & Saliran Pertanian, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kedah.

YB Suraya seterusnya dibawa melawat tapak projek pembinaan ampang jajar dan muka sauk. Projek tersebut dijangka siap pada April 2022.

Menurut YB Suraya, projek ini akan menakung air Sungai Muda dengan muka sauk di Jeniang untuk ditakung di Empangan Naok. Bekalan air tersebut akan mengairi selatan kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) seluas 39,000 hektar melalui terusan sepanjang 19.8 km.

"Projek ini adalah kritikal bagi pertanian kerana menurut kajian sumber air 'National Water Resources 2000-2050' merumuskan kawasan utara Semenanjung Malaysia akan mengalami kekurangan air ketara menjelang tahun 2050" ujarnya.

Turut hadir, Pengerusi MADA, YB Ahmad Tarmizi Sulaiman dan Timbalan Pengurus Besar Teknikal MADA, Nik Kun Nik Man.

"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua"

Tiada ulasan