Header Ads

test

ADUN TOKAI CAKNA MASALAH AIR PENDUDUK

 



ADUN TOKAI CAKNA MASALAH AIR PENDUDUK

PENDANG - Projek pembinaan 'bypass' paip air sepanjang satu kilometer dari jalan Tokai ke Kampung Rambai Padang bakal dijalankan pada Februari ini.

Exco Kesihatan merangkap ADUN Tokai, YB Dato' Mohd Hayati Othman berkata, projek ini merupakan inisiatif bagi meningkatkan kembali tekanan air di Kampung Bukit Raya yang terjejas selama ini.

"Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Parlimen Pendang dan DUN Tokai turut mengambil inisiatif dengan membekalkan tangki bagi membantu penduduk mendapatkan air bersih," ujarnya.

Hadir sama, Pegawai Khas Timbalan Menteri Sumber Manusia, Baharuddin Ahmad.

"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua"

#UrusSetiaPeneranganDarulAman
#UPDA
#ADUNTokai

Tiada ulasan