Header Ads

test

ADUN PEDU SANTUNI USAHAWAN JENTERA TANI

 

NAKA – Omar Ismail, 31, mula berjinak dengan pengurusan jentera pertanian sawah padi di Kampung Belukar Luas, Naka sejak tahun 2013 sehingga kini.

 

Katanya, kemahiran yang beliau miliki mengambil tempoh yang lama untuk mahir mengendalikan jentera. 

 

“Anak muda perlu menguasai kemahiran membaik pulih jentera dan mempunyai pengalaman di samping ilmu pengurusan kewangan untuk memiliki aset jentera berat ini agar dapat bersaing dalam industri ini.

 

“Saya terlibat mengendalikan jentera ni sejak 2013, lapan tahun dalam bidang ini rasa perlu banyak perkara lagi yang hendak dipelajari.

 

"Saya juga bersyukur dan berterima-kasih dengan adanya sokongan ahli keluarga dan rakan-rakan sekeliling yang banyak membantu saya untuk sampai ke tahap ini. Saya harap semua pihak dapat terus membantu dan mendoakan saya ke peringkat seterusnya dalam bidang usahawan jentera tani anak muda,” ujarnya.

 

ADUN Pedu, YB Mohd Radzi Md Amin hadir menyantuni dan mencuba mengendalikan mesin padi tersebut dengan panduan daripada Omar.

 

Hadir sama, Pegawai Khas ADUN Pedu, Mohamad Talib.

Tiada ulasan