Header Ads

test

ADUN SUNGAI LIMAU ZIARAH EMPAT PESAKIT STROK



SUNGAI LIMAU – Prihatin dengan nasib dan kebajikan golongan yang kurang berkemampuan, ADUN Sungai Limau, YB Mohd Azam Abd Samat hadir menziarahi dan menyampaikan sumbangan kepada empat warga emas yang mengalami strok di DUN Sungai Limau, semalam.

 

Hasbullah Ahamad, 71, di Kampung Batu 12 berkerusi roda akibat mengalami strok separuh badan empat bulan lepas menjadi individu pertama ziarah YB Ustaz Azam. Pertuturan beliau juga kurang jelas akibat dari strok tersebut. 

 

Pesakit seterusnya, Kamariah Abu, 63, di Jalan Kolam Kampung Teluk kini terlantar di katil akibat mengalami strok seluruh badan semenjak enam bulan yang lepas. Anak perempuannya terpaksa berhenti kerja bagi menguruskannya di rumah.

 

Manakala, seorang lagi pesakit, Eshah Saad, 77, di Kampung Batu 11 juga  terlantar di katil semenjak tiga tahun lepas dan hanya dapat minum susu sebagai sumber makanan.


YB juga turut menziarahi Ramli Mahmud, 75, yang berkerusi roda akibat mengalami strok separuh badan sebelah kiri semenjak setahun yang lepas. Ramli yang  juga mengidap darah tinggi dan kolestrol tinggi tinggal di Kampung Teluk, Bukit Besar.

Tiada ulasan