Header Ads

test

AHLI PARLIMEN JERAI RASMI FIESTA JERAMI GULUNG



YAN – Ahli Parlimen Jerai, YB Ustaz Sabri Azit merasmikan fiesta Jerami Gulung anjuran Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Kuala Dulang Kechil, baru-baru ini. 

 

Katanya, bagi menjayakan fiesta, sebanyak RM2,520 digunakan untuk membeli jerami gulung daripada pihak Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA).

 

“Tapak Fiesta yang mula dibuka pada 1 Februari lalu mempamerkan 40 jerami gulung yang menjadi tarikan utama pengunjung untuk bergambar.

 

“Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan fiesta ini dengan mengikuti SOP yang ditetapkan,” ujarnya.

 

Turut hadir Pegawai Perpaduan Yan, Nasriza Long, Pegawai Perpaduan Daerah Kuala Muda, Fakhzan Nasir, Pengerusi JPKK Dulang kechil, Haji Ismail Mad Zin, Pegawai PKWR DUN Sungai Limau, Hilmi Saleh dan Ketua PAS Dulang kechil ,Ustaz Suhaimi Ramli.

Tiada ulasan