Header Ads

test

EXCO PEMBANGUNAN WANITA ANJUR KURSUS SALUN


JITRA – 22 pelajar terpilih mengikuti Bengkel Kemahiran Salun Rambut anjuran pejabat Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dengan kerjasama Asrama Akhlak Perempuan, Jitra.

 

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Dato’ Halimaton Shaadiah Saad berkata tujuan penganjuran ini adalah untuk memberi pengetahuan mengenai kemahiran asas dandanan rambut dan salon kepada pelajar.

 

“Program sebegini juga dapat memberi peluang kepada pelajar untuk menimba ilmu secara praktikal agar mereka yang ditempatkan di sini berpotensi untuk dijadikan sebagai sumber pendapatan bagi menjamin kelangsungan kehidupan di luar sana. 


“Kemahiran seperti ini juga perlu digilap dan dipraktikkan sememangnya boleh dijadikan kerjaya di samping menambah pendapatan,” ujarnya. 


Katanya, beliau berharap program seperti ini dapat dilaksanakan lagi bagi menjadi nilai tambah kepada pelajar di samping menghilangkan rasa tekanan kepada mereka.

Tiada ulasan