Header Ads

test

RM3.1 JUTA NAIK TARAF INFRASTRUKTUR DAERAH POKOK SENA

 

POKOK SENA – Kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM3.1 juta bagi membaik pulih dan penyelenggaraan infrastruktur di Daerah Pokok Sena.

 

Menurut ADUN Bukit Lada, YB Salim Mahmood Al-Hafiz sebanyak 41 projek yang tersenarai di Daerah Pokok Sena bakal memberi kemudahan dan manfaat kepada rakyat.

 

“41 projek ini merangkumi membaik pulih jalan kampung, masjid, surau, dewan orang ramai, perpustakaan, bangunan kuarters, medan selera, struktur pelindung hujan dan kalis serangga.

 

 “Saya mengucapkan ucapan tahniah kepada kontraktor yang berjaya dalam Majlis Cabutan Kerja Undi secara atas talian yang dilaksanakan di Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi di Wisma Darul Aman pada 15 Februari 2022, hari Selasa baru-baru ini,” ujarnya.

 

Katanya, beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan negeri di bawah kepimpinan Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor atas keprihatinan yang diberikan kepada rakyat di Daerah Pokok Sena khususnya.

Tiada ulasan