Header Ads

test

TOYM RAI PENCAPAIAN ANAK MUDA CEMERLANG



ALOR SETAR – Junior Chamber International Malaysia (JCIM) melantik Junior Chamber International (JCI) Kulim sebagai penganjur Majlis Anugerah Belia Cemerlang Malaysia (TOYM) bakal diadakan pada 18 September 2022.

 

Anugerah ini adalah untuk memberi pengiktirafan kepada anak muda Malaysia yang berumur 18 hingga 40 tahun yang berjaya menghasilkan pencapaian terbaik daripada pelbagai bidang.

 

Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Dato’ Paduka Ammar Dato’ Shaikh Mahmood Naim berkata program sebegini perlu dilaksanakan bagi menarik minat belia mempertingkatkan potensi diri di samping diberi pengiktirafan sewajarnya bagi pencapaian yang cemerlang.

 

“Melalui program yang diadakan oleh pihak JCI, ia akan menjadi salah satu platform terbaik dalam mengeratkan silaturahim di antara masyarakat berbilang kaum di Malaysia. 


"Program ini juga memberi impak positif dalam bagi memperbaiki pencapaian diri ke peringkat yang luar biasa,” ujarnya.

 


Beliau berkata demikian dalam Majlis Pelancaran Program Anugerah Belia Cemerlang Malaysia yang berlangsung di Wisma Darul Aman, semalam.

 

Katanya, walaupun negara sedang melangkah ke fasa endemik, Kedah berpeluang untuk menjadi tuan rumah sekali lagi bagi penganjuran majlis TOYM pada tahun ini.

 

Dalam perkembangan yang sama, telah termeterai Memorandum Persefahaman (MOU) di antara JCI Malaysia dan JCI Kulim.

 

Hadir sama, Pengarah JCI TOYM, Esther Khor, Naib Presiden Eksekutif Nasional JCI Malaysia, Matt Ngai, Presiden JCI Kulim, Will Teh dan Pengerusi Penganjur JCI TOYM, Heidy Tan.

Tiada ulasan