Header Ads

test

JAMBATAN PADANG CINA DIBINA SEMULA


KUPANG – Jambatan Padang Cina yang runtuh akibat banjir tahun lalu mendapat perhatian Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Insan dan Pembasmian Kemiskinan, YB Dato’ Ustazah Siti Ashah Haji Ghazali.

Hasil tinjauan tersebut, jambatan itu akan dibina semula secepat mungkin.

"Projek ini akan dibina secepat mungkin kerana ia merupakan jambatan yang menghubungkan penduduk untuk menghantar anak ke sekolah.

"Laluan utama ini penting bagi kegiatan sosial dan ekonomi penduduk Padang Cina, Kampung Lela serta Kampung Landak Hilir,” katanya.

Hadir sama, ADUN Kupang, YB Brigedier Jeneral Dato’ Haji Najmi Haji Ahmad (B) dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Kedah, Pulau Pinang dan Perlis.

Tiada ulasan