Header Ads

test

YB AZMAN RAI 30 AGENSI, JABATAN


ALOR SETAR – Sebanyak 30 agensi dan jabatan di bawah portfolio Pengerusi Jawatankuasa Pertanian & Industri Makanan, Perusahaan, Perladangan & Komoditi, Pengangkutan dan Hal Ehwal Masyarakat India, YB Azman Nasrudin diraikan dalam satu majlis makan malam, baru-baru ini.

 

Beliau berkata, majlis ini diadakan bagi menghargai jasa baik atas perkhidmatan yang diberikan oleh semua kakitangan khususnya ketika pandemik COVID-19 ini.

 

“Kerjasama dari pelbagai agensi dan jabatan yang terlibat dalam membantu usaha kerajaan menambah baik prestasi amat dihargai.

 

"Majlis sebegini mampu mengeratkan silaturrahim dan hubungan sesama jabatan dan agensi agar perkhidmatan yang diberikan bertambah baik dan keakraban yang terjalin akan terus berkekalan,” ujarnya.

 

Beliau berkata demikian di Majlis Makan Malam Bersama Jabatan dan Agensi di bawah Jawatankuasa Pertanian dan Industri Makanan, Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Pengangkutan dan Hal Ehwal Masyarakat India di Hotel The Jerai, Alor Setar.

 

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Alam Sekitar, Perpaduan dan Hal Ehwal Masyarakat Cina, YB Dr. Robert Ling Kui Ee dan Pegawai Khas Menteri Besar, Kumaresan BK.

Tiada ulasan