Header Ads

test

MODUL RENTAS QOWI CETAK DAI MUDA KOMPETEN






PENDANG – Unit Pembangunan Insan Negeri Kedah memperkenalkan modul Rentas Qowi dalam Kursus Profesional Dai Muda bagi melahirkan belia Islam yang kompeten, bersahsiah tinggi dan berkepemimpinan.


Majlis penyampaian sijil penyertaan kepada 40 peserta kursus disempurnakan oleh  Exco Pembangunan Insan, YB Dato' Hajah Ustazah Siti Ashah Haji Ghazali.


Dai Muda keluaran kursus ini akan menjadi ejen dakwah dalam komuniti dan menjalin kerjasama dengan pimpinan masyarakat menjayakan agenda pembangunan insan negeri Kedah.


"Rentas Qowi adalah salah satu modul dalam Unit Pembangunan Insan untuk membentuk peribadi remaja berusia 19 hingga 25 tahun.


Program rintis ini akan menjadi mentor kepada anak muda dalam setiap daerah," ujar YB Dato' Ustazah Ashah.


Program yang  diadakan di Pendang Lake Resort, Pendang itu merupakan anjuran bersama Pejabat Exco Pembangunan Insan dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia Negeri Kedah.

Tiada ulasan