Header Ads

test

TRANSAKSI TANPA TUNAI BANTU PENIAGA PEKAN RABU



TRANSAKSI TANPA TUNAI BANTU PENIAGA PEKAN RABU

ALOR SETAR- Peniaga Pekan Rabu digalakkan beralih kepada pembayaran tanpa tunai antara usaha meningkat jualan para peniaga.

Menteri Besar, YAB Dato' Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor berkata demikian dalam sidang media selepas Walkabout di Pekan Rabu bersama MyDigitalCorp bagi mempromosikan transaksi tanpa tunai.

Transaksi tanpa tunai dilaksanakan sepenuhnya di pasar terkemuka seperti Pasar Siti Khadijah di Kota Bharu, Kelantan dan Pasar Payang di Kuala Terengganu, Terengganu.

“Antara kelebihan pembayaran tanpa tunai adalah pengurusan kewangan dan rekod jual beli yang lebih cekap dan teratur serta mengelakkan kesilapan pulangan baki wang,” tambah Sanusi.

Mengulas lanjut, Muhammad Sanusi berkata sekitar 10 peratus daripada 300 peniaga yang menyediakan kaedah pembayaran tanpa tunai dan dijangka bertambah pada tahun hadapan.

“Tahun ini kita mahu beri mereka faham kaedah ini melalui kempen-kempen dan jangkaan pelaksanaan menyeluruh adalah pada tahun hadapan," tambah beliau.

Menurut peniaga kuih Bahulu Emanis, Fatimah Harun, pembayaran tanpa tunai sejak lima bulan lalu telah meningkatkan jualan bulanannya.

“Alhamdulillah, pulangan bulanan semakin bertambah. Kaedah ini amat memudahkan para pelanggan yang datang dari jauh untuk membeli pelbagai produk,” ujar beliau.

"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua"


 

Tiada ulasan