Header Ads

test

PERTUBUHAN PRIHATIN WANITA TEMERLOH KAGUM PENCAPAIAN NEGERI KEDAH







ALOR SETAR - Pertubuhan Isteri-Isteri Wakil Rakyat ADUN Kedah (PIKAT) menerima kunjungan hormat daripada Pertubuhan Prihatin Wanita Temerloh di Dewan Seri Mentaloon, hari ini.


Timbalan Pengerusi, Salamiah Mohd Nor berkata, program kembara dakwah ini adalah kunjungan pertama mereka di Kedah bersama 40 orang peserta.


Dalam sesi ramah mesra bersama PIKAT, penerangan berkaitan negeri disampaikan oleh Ketua Pegawai Khas kepada Menteri Besar, Haji Zulkifli Yahaya.


Menurut Ketua Pegawai Khas, antara faktor Kedah menerima pelaburan terbesar di Malaysia dengan rekod RM57.1 bilion jauh meninggalkan penyandang kedua, Sarawak (RM23.9 bilion) adalah usaha kerajaan negeri memudahkan urusan pelabur seperti pelaksanaan Permit Pembinaan Express, E10.


Tambahnya lagi, pentadbiran kerajaan kini yang menekankan aspek integriti dan keberkatan turut menolak amalan menerima kos sampingan 'bawah meja' yang perlu dibayar oleh pelabur bagi melancarkan sesuatu projek.


"Antara faktor lain kejayaan negeri Kedah ialah kestabilan kerajaan negeri dalam pentadbiran apabila kerajaan yang dibentuk mempunyai kerusi majoriti dan mampu melaksanakan agenda kerajaan dengan lancar," ujar Zulkifli Yahaya.


Salamiah Mohd Nor memaklumkan kunjungan itu dimulai dengan ziarah makam syuhada Memali di Daerah Baling.


"Di sana (Memali), kami mendapat maklumat berkaitan tragedi yang menyayat hati pada tahun 1985. Kami juga berkesempatan menziarahi makam syuhada, sesungguhnya Allah mengangkat darjat orang-orang yang menegakkan agama Islam," ujarnya.

Tiada ulasan