Header Ads

test

2035, SIK JADI DAERAH ILMU



2035, SIK JADI DAERAH ILMU

SIK - Setiap daerah di Negeri Kedah diberi identiti berbeza sebagai penumpuan pembangunan dan memastikan agihan kemajuan seimbang menjelang 2035.

“Dalam perancangan Tahun 2035, Sik akan jadi daerah ilmu.

“Daerah Sik ini sesuai sangat untuk mengaji sebab persekitaran di sini sangat tenang, aman dan damai.''

Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor berkata demikian ketika bersiaran di Radio Television Malaysia (RTM) dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia (SPM) pagi ini.

“Selain daripada institusi pendidikan dan kontemporari, kita akan kekalkan identiti Sik sebagai daerah untuk menjernihkan kerohanian kita," ujar beliau.

Tambahnya lagi, Sik antara daerah yang membekalkan hasil-hasil hutan selain pusat takungan air di Kedah.

"Ada beberapa Empangan di Sik, antaranya Empangan Beris, Empangan Gubir atau dikenali sebagai Empangan Muda.

"Sejak tahun 1967, Empangan Muda membekalkan air untuk pertanian. Disalur ke Tasik Pedu dan ke kawasan pertanian di kawasan MADA,"ujar YAB Menteri Besar.

Muhammad Sanusi turut merasmikan Restoran Terapung Seri Ternas Resort di Kampung Ternas, Sik selepas temu bual Selamat Pagi Malaysia.

"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua"


 

Tiada ulasan