Header Ads

test

SANTAI RAYA BAKAL DIADAKAN DI ALOR SETAR

 
ALOR SETAR – Program Santai Raya di bawah kendalian Pertubuhan Santai Anak Utara (SAU) bakal diadakan di Taman Jubli, Alor Setar. 

Pengasas SAU, Mohd Saifuddin Elias berkata, target penyertaan SAU kali ini mencecah 10,000 anak muda.
 
“Tujuan kehadiran hari ini adalah untuk membentangkan Program Santai Raya kali ke-3 yang akan diadakan di Taman Jubli, Alor Setar nanti. Target peserta yang hadir sekitar 10,000 anak muda.
 
“Santai Raya ini adalah program yang bertujuan mengeratkan hubungan ukhuwah sesama Muslim, memupuk semangat dan kerjasama antara anak muda,” ujarnya.
 
Beliau berkata demikian ketika kunjung hormat ke atas Pegawai Khas Kanan Menteri Besar, Ustaz Nurul Amin Hamid di Wisma Darul Aman, semalam.
 


Ustaz Nurul Amin berkata, kerajaan negeri akan memberi kerjasama yang baik bagi melancarkan program Santai Raya yang menghimpunkan seluruh anak muda Malaysia.

Beliau berharap pelaksanaan program itu mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Hadir sama, Pengerusi SAU, Muhammaf Syauqi Ismail dan Setiausaha SAU, Muhammad Sufian.








 

Tiada ulasan