Header Ads

test

ADUN PEDU BANTU MURID SEKOLAH SEMPENA PROGRAM BACK TO SCHOOL

PEDU – ADUN Pedu, YB Haji Mohd Radzi Md Amin memahami kegusaran yang dialami ibu bapa dalam menyediakan kelengkapan persekolahan anak-anak.

 

Berikutan hal itu, Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Pedu mengambil inisiatif dengan mengadakan program ‘Back To School' bagi meraikan 116 pelajar menerima manfaat baucar bantuan pakaian.

 

Menurut YB Mohd Radzi, berikutan pandemik COVID-19 yang melanda, pihaknya memahami keadaan sesetengah keluarga yang kesempitan dari segi kewangan untuk menyediakan keperluan anak mereka ke sekolah.

 

“Kali ini pihak PKWR menyediakan sumbangan secara baucar bagi memudahkan waris-waris memilih pakaian sekolah di kedai yang telah ditetapkan bagi mendapatkan pakaian yang bersesuaian dengan anak-anak tuan dan puan sendiri,” ujarnya.

 

Tambah beliau lagi, ada di kalangan anak-anak yang baru hendak menjejaki alam persekolahan, dan pastinya mereka amat teruja dan tidak sabar untuk belajar di sekolah bersama dengan rakan-rakan baharu.

 

“Bertepatan dengan program ini diharapkan dapat memberikan semangat kepada anak-anak kita menempuhi alam persekolahan untuk menimba ilmu dan membanggakan kita semua,” ujarnya lagi.

 

Turut hadir, Pegawai khas ADUN Pedu Mohamad Talib dan Setiausaha PKWR, Ustaz Mohamad Kassim.

 

Tiada ulasan