Header Ads

test

BUDAYA SCRAPE-OFF KERAJAAN LALU MENYUSAHKAN RAKYAT


BUDAYA SCRAPE-OFF KERAJAAN LALU MENYUSAHKAN RAKYAT

ALOR SETAR- Budaya ‘scrape-off’ yang dijalankan oleh kerajaan-kerajaan sebelum ini telah merugikan negeri dan rakyat Kedah.

"Saya telah menyatakan di dalam dewan yang mulia ini bahawa budaya (scrape off) yang dijalankan oleh kerajaan sebelum ini telah merugikan rakyat.

"Oleh yang demikian, pada masa hadapan ia tidak patut diamalkan lagi. Tak kiralah siapa pun mai duduk sebelah sini.Scrape off perlu ditinggalkan," tegas Muhammad Sanusi Md Nor ketika menjawab pertanyaan tambahan ADUN Sungai Limau, YB. Ustaz Mohd Azam Abd Samad pada sidang Dewan Undangan Negeri di Wisma Darul Aman di sini hari ini.

Terdahulu ADUN Jitra, Dato’ Seri Utama Mukhriz Tun Mahathir menyebut bahawa sebahagian daripada Pelan Pembangunan Kedah 2035 ini adalah Pelan Transformasi Kedah yang dirancang pada masa lalu.

Jelas beliau lagi bahawa bukan hanya Pelan Transformasi Kedah malah mengambil jauh ke belakang iaitu daripada tahun 90-an untuk digabung, diolah dan ditransformasikan bagi menjadikan satu pelan yang komprehensif dengan mengambil kira semua rancangan yang telah disusun sebelum ini dan rancangan yang akan dilaksanakan pada masa akan datang.

"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua"


 

Tiada ulasan