Header Ads

test

RAHSIA KESTABILAN KERAJAAN NEGERI, TIDAK AMALKAN BUDAYA 'ABANG BESAR'



ALOR SETAR – ADUN Sungai Limau, YB Mohd Azam Abd Samat menyokong penuh dan menjunjung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah untuk sentiasa bermusyawarah dalam mencari penyelesaian agar kekuatan dan kerjasama antara sama lain dapat dibina dengan utuh.

 

Katanya, kepimpinan Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor menerajui negeri menghampiri dua tahun. Walaupun dibentuk di pertengahan penggal, namun ia mampu membina kerajaan yang stabil.

 

“Antara rahsia kestabilan kerajaan juga ialah kita tidak mengamalkan budaya 'abang besar'. Sekalipun PAS mempunyai jumlah kerusi terbanyak iaitu 15 tetapi PAS tidak pernah menganggap diri ‘abang besar’.

 

“Justeru semua keputusan kerajaan dibuat melalui permuafakatan bersama dengan rakan kerjasama. Rakan-rakan parti komponen sentiasa menjaga keharmonian, saling bertolak ansur, maka itulah rahsia wujudnya kestabilan dalam kerajaan negeri Kedah,” ujarnya.

 

Beliau berkata demikian ketika membahas titah Sultan pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah di Wisma Darul Aman, hari ini.

 

Tambahnya la, hasil pelaburan sebanyak RM68.3 bilion yang dicatat pada tahun 2021 adalah disebabkan oleh kepercayaan pelabur kepada integriti dalam pengurusan pentadbiran yang dilaksanakan oleh kakitangan kerajaan negeri.

 

“Kejayaan sistem E10 yang diperkenalkan kerajaan negeri mampu untuk mempercepatkan proses kelulusan bagi sektor industri yang berminat melabur di Kulim Hi-Tech Park (KHTP). Tempoh sebelum ini mengambil masa dua hingga tiga tahun, tapi dengan sistem E10 yang baru diperkenalkan mampu diringkaskan dan dalam tempoh 10 bulan.

 

“Sistem ini telah dibuktikan oleh syarikat Aspon Glove yang menyatakan persetujuan untuk membina kilang di KHTP dan 10 bulan kemudiannya ia telah mampu mengeksport barangan keluaran syarikatnya di sini ke Eropah,” katanya.

 

Beliau juga mengharapkan supaya sistem ini diperluaskan ke Pihak Berkuasa Tempatan di seluruh Kedah dan bukan hanya tertumpu di sektor industri sahaja bahkan sektor lain juga memerlukan perubahan.

Tiada ulasan