Header Ads

test

KEDAH TEROKA AIR BAWAH TANAH SEBAGAI ALTERNATIF ATASI MASALAH AIR



ALOR SETAR - Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia ( JMG) mengesyorkan sumber air bawah tanah sebagai alternatif bagi menangani isu gangguan bekalan air di negeri ini.

 

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Bekalan Air & Sumber Air dan tenaga, YB Dato’ Suraya Yaacob berkata sumber air bawah tanah ini sangat sesuai dibangunkan dan ia juga berpotensi untuk digunakan bagi tujuan pertanian, akuakultur dan industri.

 

Katanya,  penggunaan sumber air bawah tanah adalah langkah awal bagi mengatasi masalah bekalan air dan sesuai dibangunkan pada skala kecil mahupun besar.

 

“Air bawah tanah merupakan alternatif bagi atasi masalah air. JMG turut mengesyorkan sumber air bawah tanah sebagai alternatif yang terbaik untuk negeri Kedah.

 

“JMG mempunyai tiga projek pembangunan yang sedang berjalan antaranya ialah pembangunan penilaian rizab air bawah tanah negara (RAT), pembangunan sumber air tanah di kawasan-kawasan bermasalah bekalan air bersih dan projek penggunaan air bawah tanah sebagai sumber air di Loji Rawatan Air (LRA) yang menghadapi kekurangan sumber air,” ujarnya.

 

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan ketika menjawab soalan tambahan YB Haji Hanif Haji Ghazali (PAS-Tanjung Dawai) dan YB Mohamad Munir Haji Zakaria (PAS-Kuala Nerang) berkaitan status dan alternatif telaga tiub bagi mengatasi masalah bekalan air dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Wisma Darul Aman, semalam.

 

Maklumnya, sebagai langkah jangka pendek bagi mengatasi masalah bekalan air, JMG turut membantu membina telaga tiub di Kampung Kota Siputeh, Jerlun; Kampung Ulu Legong, Baling; Maahad Din, Sik; LRA Merbok, LRA Tupah dan LRA Gurun.

Tiada ulasan