Header Ads

test

PJKM BERI MANFAAT KEPADA LEBIH 50 RIBU PENGGUNA





ALOR SETAR – Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) anjuran Kementerian Perdagangan & Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dengan kerjasama erat Kementerian Pertanian & Industri Makanan (MAFI) mendapat sambutan hangat dengan kehadiran kira-kira lebih daripada 49,511 pengguna di Kedah. 

 

Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, YB Romani Wan Salin berkata, sebanyak RM1.6 juta jualan telah direkodkan daripada Disember 2021 hingga 14 Februari 2022.

 

“Melalui program-program jualan keluarga Malaysia barang keperluan harian seperti ayam, telur, sayur-sayuran, minyak masak, gula, tepung, beras serta barangan proses yang ditawarkan pada harga rendah daripada 30 peratus daripada harga pasaran.

 

 “Maklum balas positif telah diterima berkenaan penganjuran program ini terutama bagi meringankan bebanan kos sara hidup rakyat terutama golongan isi rumah berpendapatan rendah B40 mendepani situasi harga barang tidak stabil muttakhir ini.

 

Katanya, program ini juga dapat memberi pemangkin kepada pengguna untuk merancang pembelian dan membantu mereka membuat pilihan bijak  serta berbelanja secara berhemah.

 

“Insha Allah program ini akan diteruskan. Masa terdekat ini akan diadakan di tiga parlimen iaitu di Jerlun, Kubang Pasu dan Padang Terap pada 25 dan 26 Mac bermula jam 8 sehingga tengah hari. Jika program di buat di supermarket akan dilanjutkan sehingga 9 malam,” tambah beliau.

Tiada ulasan