Header Ads

test

KERAJAAN NEGERI BAKAL TEROKA TEMPAT PELANCONGAN BAHARU



ALOR SETAR – Kerajaan negeri telah mengenal pasti beberapa kawasan yang berpotensi tinggi untuk dibangunkan sebagai tempat pelancongan. 


Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Seni dan Budaya, YB Mohd Firdaus Ahmad berkata enam daerah dikenal pasti mempunyai kawasan yang menarik minat pelancong ke Kedah.

 

“Antara kawasan yang berpotensi seperti Mong Gajah di daerah Padang Terap, kawasan Jerai Geopark di daerah Kuala Muda dan Yan, Langkawi Gateway di Teluk Apau Langkawi, Persisiran Sungai Kedah dan Gunung Keriang di daerah Kota Setar serta beberapa kawasan lain di daerah Baling seperti Terowong Komunis dan Ulu Legong,” ujarnya.

 

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan YB Mohd Radzi Md Amin (PAS – Pedu) dalam Mesyuarat Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Wisma Darul Aman, hari ini.

 

Katanya, beliau juga telah mengadakan libat urus dan perbincangan bersama pihak Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Invest Kedah dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bagi merealisasikan hasrat kerajaan menjadikan kawasan cadangan ini sebagai zon pelancongan yang komersial.

 

“MOTAC, Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN) dan Invest Kedah bergabung dalam satu jawatankuasa kecil pelaburan untuk membangunkan zon khas pelaburan pelancongan atau Special Tourism Investment Zone  (STIZ) dengan izin melalui kerjasama awam dan swasta dan strategi –strategi untuk menarik lebih ramai pelabur tempatan dan antarabangsa ke zon yang berpotensi ini.

 

“Peranan jawatankuasa ini adalah untuk mengenal pasti kawasan2 yang berpotensi untuk di bangunkan sebagai STIZ menggalakkan model tadbir urus yang inovatif bagi memudahkan kerjasama awam dan juga swasta,” jelasnya.

 

Katanya, sekiranya terdapat kawasan-kawasan lain yang mempunyai potensi yang lebih tinggi seperti mempunyai keunikan, kekuatan dan daya tarikan boleh diberi cadangan tersebut.

Tiada ulasan