Header Ads

test

Tuduhan Rasuah RM4 juta: Adun Kota Siputeh Dicabar Lapor SPRM

 


Tuduhan Rasuah RM4 juta: Adun Kota Siputeh Dicabar Lapor SPRM

ALOR SETAR- Dakwaan ADUN Kota Siputeh, Dr Salmee Said bahawa terdapat konsultan yang meminta RM4 juta daripada pihak yang mengemukakan cadangan untuk membina asrama di UniSHAMS adalah tidak benar.

Menurutnya, tuduhan tersebut tidak berasas dan memberi gambaran buruk kepada UniSHAMS sebagai Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Muadzam Shah.

“Tuduh orang minta duit RM4 juta ni berat, tuduh di dalam dewan (Dewan Undangan Negeri) pula.
“Bawak bukti mai, ada bukti laporkan kepada SPRM.

“Nak beri gambaran buruk sampai membuat tohmahan macam ni tak boleh.

“Ini adalah satu tuduhan yang berat,”tegas Sanusi dalam sesi penggulungan sidang Dewan Undangan Negeri hari ini.

Mengulas lanjut Menteri Besar berkata rancangan untuk membina bangunan asrama UniSHAMS bagi menempatkan 2000 orang pelajar telah diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah Syarikat pada Januari 2022 menggunakan kaedah pembiayaan pembinaan projek secara Build Operate Transfer (BOT).

Penelitian skop projek turut dibuat oleh jawatankuasa terdiri daripada Jawatankuasa Kakitangan UniSHAMS, Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Kedah (PPNK) kata beliau lagi.

Jelasnya, kaedah tawaran adalah secara 'Permintaan Untuk Cadangan' (RFP) akan diuruskan oleh pasukan perunding lantikan UniSHAMS yang dikeluarkan pada bulan Mei nanti.

“RFP pun tak keluar lagi, macam mana boleh tuduh ‘consultant’ minta duit dah?”Soal beliau.




Tiada ulasan