Header Ads

test

Pemilik Premis Judi Haram Akan Dikenakan Tindakan

 



Pemilik Premis Judi Haram Akan Dikenakan Tindakan

ALOR SETAR - Premis judi haram dikatakan meningkat selepas dibatalkan lesen yang halal.

Menurut Menteri Besar YAB Muhammad Sanusi Md Nor dalam sesi penggulungan sidang Dewan Undangan Negeri petang tadi berkata tiada ‘judi halal’ dalam Islam.

“Judi mana ada halal.Judi semua haram,”ujarnya.

Menurutnya, kegiatan judi haram boleh diambil tindakan mengikut Seksyen 4A(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Hal dikatakan berleluasa selepas kerajaan negeri tidak lagi memperbaharui kelulusan lesen premis perjudian sejak berkuatkuasa November tahun lalu.

Terdahulu, beliau menegaskan tidak akan berkompromi sekiranya premis terbabit dikenal pasti terlibat dalam perjudian tersebut dan tidak akan teragak-agak menarik semula lesen perniagaan.

Tiada ulasan