Header Ads

test

SURAU AL-FATEH SUDAH MULA BEROPERASI


GURUN – Surau Muhammad Al-Fateh di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gurun yang mampu memuatkan 400 jemaah telah siap sepenuhnya.

 

Ahli Parlimen Jerai, YB Sabri Azit berkata, pembinaan surau ini adalah satu peristiwa yang membanggakan dalam catatan sejarah SMK Gurun. 

 

“Kewujudan Surau Muhammad Al-Fateh ini akan melonjakkan lagi kemenjadian modal insan dalam kalangan masyarakat dalam kawasan Parlimen Jerai amnya dengan menyediakan fasiliti seumpama ini untuk kemudahan anak-anak di SMK Gurun,” ujarnya.

 

Katanya, beliau berbangga dengan pembinaan surau ini bukan sahaja dijadikan sebagai pusat ibadah malah akan menjadi tempat kegiatan masyarakat dalam menggalakkan keseimbangan kehidupan dan kerja khususnya buat para guru, kakitangan dan pelajar.

 

“Adalah munasabah untuk SMK Gurun menjadi sebuah institusi yang lebih terbuka selaras dengan visinya untuk menjadi sebuah institusi pendidikan berwibawa dan melahirkan modal insan yang berkualiti buat generasi pemangkin negara akan datang.

 

“Tanggungjawab untuk menghidupkan surau bukan sahaja terletak di bahu jawatankuasa surau sahaja tetapi juga peranan ibu bapa, dan masyarakat setempat juga,” jelasnya.

 

Difahamkan, beliau juga turut menyumbangkan dana separuh daripada kos pembinaan surau berkenaan.

 

Turut hadir, Pengetua SMK Gurun, Mejar Haji Shabri Mat Ludin, Yang Di Pertua PIBG SMK Gurun, Haji Abdul Aziz Din dan barisan pendidik SMK Gurun.

Tiada ulasan