Header Ads

test

21 MASJID TERIMA SUMBANGAN IFTAR



KUPANG – ADUN Kupang, YB Brigedier Jeneral Dato’ Haji Najmi Haji Ahmad (B) memberikan sumbangan iftar kepada 21 masjid sempena menyambut Ramadan Al-Mubarak.

Katanya, sumbangan ini merupakan tradisi setiap tahun menjelang Ramadan.

Agihan sumbangan ini diberikan menerusi imam dan setiausaha dalam majlis di Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Kupang.

Pada masa yang sama, Haji Najmi turut menyampaikan sumbangan tunai sebanyak RM300 kepada 70 penuntut Institusi Pengajian Tinggi ( IPT).

Hadir sama, Penolong Pegawai PKWR DUN Kupang, Ustaz Hassan Saad.

Tiada ulasan