Header Ads

test

1000 KOTAK KURMA DIAGIHKAN KEPADA PENDUDUK DUN AYER HITAM SEPANJANG RAMADAN


AYER HITAM – Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Ayer Hitam menyediakan 1000 kotak kurma yang akan diedarkan kepada seluruh penduduk di DUN tersebut.

 

ADUN Ayer Hitam, YB Azhar Ibrahim berkata 200 dari jumlah tersebut telah diagihkan kepada anggota polis di Balai Polis Ayer Hitam, kakitangan Syarikat Air Darul Aman dan Pejabat kakitangan Pejabat Kecil Parlimen Jerlun, baru-baru ini.

 

Katanya, 800 kotak lagi akan diagihkan melalui PKWR DUN Ayer Hitam.

 

“Alhamdulillah, berjalan lanjar program edaran yang kita buat. Sumbangan ini adalah tanda ingatan saya kepada rakyat bagi menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan ini.

 

“Saya juga sempat berbincang tentang masalah yang berlaku dalam kawasan Ayer Hitam dengan pihak terlibat terutamanya berkenaan dengan masalah air yang berlaku di beberapa tempat,” ujarnya.

 

Beliau juga mengharapkan sumbangan tersebut dapat mengembalikan suasana bulan Ramadan berikutan setelah dua tahun tidak diadakan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

 

“Sepanjang bulan Ramadan ini, banyak perancangan aktiviti kebajikan di peringkat PKWR yang telah dirancang.

 

“Antaranya, edaran bubur lambuk, sumbangan beras pulut kepada asnaf, berbuka puasa bersama rakyat di masjid yang terpilih dan banyak lagi,” tambah beliau. 

 

Hadir sama, Pengarah PKWR DUN Ayer Hitam, Abdul Hadi Omar.

Tiada ulasan