Header Ads

test

QARYAH RAMADAN SELARAS DENGAN SLOGAN KEDAH SEJAHTERA


SUNGAI PETANI - Penganjuran Qaryah Ramadan adalah selaras dengan slogan ‘Kedah Sejahtera - Nikmat Untuk Semua’.

Menurut Menteri Besar YAB Muhammad Sanusi Md Nor, penganjuran Qaryah Ramadan merupakan serampang dua mata bagi memenuhi keperluan rakyat dalam menyambut suasana Aidilfitri disamping tuntutan Ramadan tidak diabaikan.

“Mereka yang ingin membeli barangan keperluan sempena Aidilfitri, boleh hadir ke Qaryah Ramadan ini tanpa perlu bimbang akan tertinggal peluang menunaikan solat Isyak secara berjemaah, malah boleh turut sama bertarawih di sini,” kata Sanusi ketika merasmikan Qaryah Ramadan di Dataran Zero, Sungai Petani semalam.

Jelas beliau, asas penganjuran program itu untuk membawa mesej Islam adalah satu agama yang mudah.

Tambahnya lagi, tujuan utama Qaryah Ramadan untuk mengajak menunaikan solat tanpa mengira tempat dan keadaan.

"Kita sentiasa diperingatkan bahawa solat adalah tiang agama, maka tunaikanlah tanpa mengira tempat.

"Tidaklah solat hanya boleh dilakukan di masjid atau surau, bahkan boleh jugak buat di mana-mana sahaja termasuk di dataran seperti ini," katanya.

"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua"

#MediaMBKedah
#UrusSetiaPeneranganDarulAman

Tiada ulasan