Header Ads

test

160 PENDUDUK DUN BUKIT KAYU HITAM TERIMA SUMBANGAN RAMADAN



JITRA – Seramai 160 penduduk menerima sumbangan Ihya Ramadan bagi mukim Tunjang dan Jeram di Masjid Saidina Umar Al khatab, Padang Limau Tunjang semalam.

 

Majlis penyerahan ini disampaikan oleh ADUN Bukit Kayu Hitam, YB Dato’ Halimaton Shaadiah Saad.

 

Katanya, dalam majlis ini juga beliau menyerahkan sumbangan RM1000 kepada enam masjid yang terpilih bagi kelangsungan program Ihya Ramadan di masjid masing-masing.

 

Beliau merakamkan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dan mengharapkan program sebegini dapat meringankan beban penduduk.

 

Hadir sama, Imam Masjid Padang Limau Tunjang, Haji Daud Ahmad

Tiada ulasan