Header Ads

test

ORANG RAMAI DIINGATKAN TIDAK LAKUKAN PEMBAKARAN TERBUKA


KUALA KETIL – Orang ramai diingatkan tidak melakukan pembakaran terbuka terutamanya di kawasan yang mudah dan sering terbakar seperti tanah gambut serta tapak pelupusan sampah.

 

ADUN Kuala Ketil, YB Mejar Mansor Zakaria berkata, beliau menerima aduan terdapat individu yang tidak bertanggungjawab membuat pembakaran terbuka di kawasan perkampungan An-Naim.

 

“Saya terima aduan dari penduduk berkaitan isu ini sehingga asap pembakaran mengganggu penduduk dan pelajar sekolah An Naim.

 

“Berdasarkan aduan yang diterima, kita telah memaklumkan kepada pihak atasan bagi mengambil serius aduan ini dan membuat tindakan yang selanjutnya,” ujarnya.

 

Maklumnya, hasil tinjauan pihak bomba telah memadam pembakaran tersebut walaupun hampir lima hari pembakaran tersebut dijalankan.

 

Beliau turut menasihati orang awam supaya tidak melakukan aktiviti pembakaran terbuka kerana akan memburukkan lagi keadaan dan menyebabkan pencemaran udara.

 

“Tindakan tegas akan diambil kepada mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab menyebabkan pencemaran alam sekitar seperti yang tertakluk di dalam Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974,” tegasnya

Tiada ulasan