Header Ads

test

ADUN SIDAM BERI SUMBANGAN KEPADA MASJID BAGI KEGUNAAN JEMAAH




SUNGAI PETANI – ADUN Sidam, YB. Dr. Robert Ling Kui Ee menyampaikan sumbangan kepada Masjid Pengkalan Lebai Man.

 

Katanya, sumbangan ini berupa wang tunai, sejadah dan telekung bagi kegunaan jemaah masjid dan diterima oleh Imam Masjid, Abdul Hafiz Zahari.

 

“Saya mengharapkan sumbangan ini digunakan dengan sehabis baik terutamanya bagi memberi keselesaan kepada jemaah  di bulan Ramadan ini,” ujarnya.

 

Aktiviti diteruskan dengan Ziarah Kasih Ramadan menyantuni beberapa keluarga yang memerlukan.

 

Dalam ziarah ini, Dr Robert menyampaikan sumbangan bakul makanan, kain batik dan kain pelikat serta wang tunai sempena bulan Ramadan yang mulia.

Tiada ulasan