Header Ads

test

53 KEDIAMAN PENDUDUK DAERAH PENDANG ROSAK AKIBAT RIBUT


PENDANG – Kira-kira 53 kediaman rosak akibat ribut yang melanda penduduk di Daerah Pendang, baru-baru.


Kejadian ribut disusuli hujan lebat yang melanda ini telah menyebabkan kediaman, bazar Ramadan dan bangunan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) rosak.


Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Hashim, berkata, kejadian yang berlaku kira-kira jam 4.40 petang itu telah menyebabkan kediaman penduduk rosak selepas kepingan bumbung yang melindungi mereka dari hujan lebat, hilang diterbangkan angin.


“Laporan kerosakan rumah yang dilaporkan sebanyak 53 kediaman membabitkan Kampung Rambai, 15 rumah, 14 rumah di Kampung Majapahit, 7 rumah di Tanah Merah, 5 rumah di Kampung Jelai, 5 rumah di Banggol Besi, 3 rumah di Alor Parit, 2 rumah di Tok Pauh, dan masing-masing sebuah rumah di Alor Ali dan Alor Mengkuang,” jelasnya.


Tambahnya lagi, dilaporkan tiada kemalangan jiwa yang berlaku.

Mengulas lanjut, pihaknya juga mendapati jumlah bilangan kediaman penduduk yang rosak dijangka meningkat memandangkan masih ramai belum membuat laporan.


Dalam kejadian itu, dianggarkan 200 peniaga yang menjual juadah berbuka di Bazar Ramadan berdepan detik cemas apabila khemah niaga mereka diterbangkan angin.


“Ramai yang turun menziarahi mangsa dan menyalurkan bantuan awal kepada penduduk yang terjejas. Saya merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang membantu menyerahkan sumbangan kepada mangsa,” katanya.

Tiada ulasan