Header Ads

test

DUN BAYU TERIMA RM10 RIBU ZAKAT PERNIAGAAN BDB


BALING – Seramai 100 asnaf di DUN Bayu terima zakat perniagaan daripada Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB) di Masjid Muhammadi, Kampung Becah Sawa, Mukim Siong baru-baru ini.


Sumbangan ini disempurnakan oleh ADUN Bayu, YB  Nasir Idris dan disaksikan oleh Pengerusi BDB, Haji Che Had Dhali.


YB Nasir berkata, tahun ini asnaf DUN Bayu telah terpilih bagi menerima agihan zakat perniagaan dalam Majlis Penyerahan Zakat dan Iftar.


“Sebanyak RM10,000 peruntukkan yang diberikan zakat oleh BDB kepada golongan asnaf. Saya merakamkan ucapan terima kasih kerana memilih DUN Bayu sebagai penerima zakat ini,” ujarnya.


Menurut Che Had Dhali, sumbangan ini adalah aktiviti tahunan dan setiap daerah akan dipilih untuk menerima zakat perniagaan ini.


Beliau juga mengharapkan dengan sumbangan yang dilakukan oleh anak syarikat kerajaan negeri Kedah ini dapat meringankan beban penerima tak kala Syawal bakal menjelang tidak lama lagi.


Hadir sama, Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan BDB, Sajahan Abdul Waheed.



Tiada ulasan