Header Ads

test

80 ASNAF DUN KUALA NERANG TERIMA SUMBANGAN RAMADAN



KUALA NERANG - Seramai 80 asnaf menerima barangan keperluan dapur dan sekampit Beras Sejahtera daripada ADUN Kuala Nerang, YB Haji Mohamad Munir Haji Zakaria di Surau Bukit Nambua, semalam. 

 

Penerima-penerima sumbangan tersebut terdiri dari empat buah kampung iaitu kampung Bukit Nambua, Nako, Genting Palas dan Batu 19.

 

Mohamad Munir berkata, sumbangan ini adalah daripada kerajaan negeri Kedah untuk diagihkan kepada penduduk yang kurang berkemampuan.

 

“Selamat beribadah, gunalah peluang bulan Ramadan ini untuk tingkatkan amal ibadah. Pelihara diri, keluarga dan masyarakat daripada terlibat dengan kemungkaran yang mengundang kemurkaan Allah.

 

“Terima kasih YAB Menteri Besar Kedah di atas bantuan yang diberikan ini tanpa mengira agama bangsa dan politik.

 

“Kerajaan yang ada hari ini adalah kerajaan yang adil kepada semua serta telus dan berintegriti. YAB sangat berhemah dan cermat dalam berbelanja. Hasilnya dapat simpan duit RM660 juta. Banyak kejayaan besar dicapai walaupun baru 23 bulan memerintah,” ujarnya.

 

Beliau juga mengharapkan rakyat bersatu padu dan terus menyokong kerajaan di bawah kepimpinan Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Tiada ulasan