Header Ads

test

HENTI SEBAR PERKARA NEGATIF DI MEDIA SOSIAL


PADANG TERAP- Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor menyeru agar menghentikan budaya menyebarkan perkara negatif di media sosial.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Sumbangan kepada guru Al-Quran sukarela, bidan kampung, juru mandi jenazah, bomoh patah dan penggali kubur di Masjid Tandop Besar, Tekai Kanan semalam.

“Di media sosial banyak orang suka viral. Kalau yang elok jarang nak viral, kalau yang buruk baru dipanjangkan, betul tak betul tak tau lagi.

“Ini penyakit yang ada dalam masyarakat kita.

“Jangan dok kira nak sebaq benda buruk ja, ia akan bawa bala bencana, menimbulkan kebencian, kemarahan dan ketidakpuasan hati," tegas beliau.

Katanya lagi, semua perkara negatif ini tidak akan membiakkan kebaikan yang akhirnya masyarakat akan rosak dengan nilai-nilai buruk itu.

“Kita nak bina masyarakat dengan nilai-nilai yang positif, saling menghormati, memberi penghargaan kepada orang lain,” tambah Sanusi.

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

Tiada ulasan