Header Ads

test

KEPAYAHAN WARGA EMAS AKHIRNYA TERLERAI


Laporan : Zo/Jo Kupang

 

KUPANG, 12 April 2022- Kepayahan warga emas uzur bergerak tanpa kerusi roda sejak beberapa tahun lalu terlerai selepas menerima perhatian ADUN Kupang, YB Brigedier Jeneral Dato’ Haji Najmi Ahmad Haji Ahmad (B).

 

Che Mah Che Aik,69, dari Kampung Siputeh Ulu Bakai menerima sumbangan kerusi roda bagi membantu pergerakan hariannya.

 

Haji Najmi berkata, keadaan wanita itu dilaporkan oleh Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Kupang kepadanya selepas membuat siasatan.

 

"Tidak dapat dibayangkan bagaimana Che Mah selama ini bergerak tanpa kerusi roda. Walaupun dibantu ahli keluarga saya dapat rasai kepayahan dilalui.

 

"Kebetulan pada hari ini saya tiada program rasmi di Alor Setar, maka saya ambil keputusan untuk terus sampaikan bantuan kepada penerima," katanya.

 

Menurutnya, kerusi roda itu akan memudahkan aktiviti Che Mah di rumah termasuk untuk bergerak ke hospital bagi pemeriksaan kesihatan rutin. 


Sementara itu, Che Mah atau dikenali Mak Cik Mah mengucapkan terima kasih kepada Najmi di atas perhatian yang diberikan.

 

Turut hadir, Penolong Pegawai PKWR DUN Kupang, Hassan Saad, Pengarah Jabatan Pilihan Raya DUN (JPrD) Kupang, Saifuddin Tajuddin, Penerangan PAS Kawasan Baling, Roshidi Arof dan Setiausaha PKWR DUN Kupang, Sabri Abu Bakar.

 

Sumber – Facebook Najmi Ahmad

 

"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua"

Tiada ulasan