Header Ads

test

ADUN BUKIT PINANG EDAR BUBUR LAMBUK

POKOK SENA – ADUN Bukit Pinang, YB Romani Wan Salin membuat edaran bubur lambuk kepada penduduk sekitar Kampung Tualang, di sini.

 

“Bubur lambuk ini merupakan juadah istimewa yang akan ditemui hanya ketika Bulan Ramadan ini.

 

“Usaha murni ini daripada Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) dan Pejabat Zakat Pokok Sena bagi menyantuni penduduk kampung ini harus diteruskan,” katanya ketika merasmikan majlis Program Ihsan Insani.

 

Di majlis tersebut beliau turut menyampaikan bantuan 10 pek makanan dari Lembaga Zakat Negeri Kedah kepada asnaf.

 

Beliau juga sempat membuat gimik perasmian dengan mengacau bubur lambuk. 

 

Turut hadir, Eksekutif Pejabat NCIA Negeri Kedah, Mohd Nor Hazwan Hadzir dan Pegawai Daerah Zakat Pokok Sena, Ustaz Md Sharif Md Isa.


Sumber : Wan Romani Wan Salim

Tiada ulasan