Header Ads

test

EXCO BEKALAN AIR ADAKAN LAWATAN KERJA KE KAMPUNG SUNGAI LAYAR



SUNGAI PETANI – Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Bekalan Air dan Sumber Air, YB Suraya Yaacob mengadakan lawatan ke Kampung Sungai Layar bersama Jabatan Kerja Raya (JKR).

 

Lawatan ini bagi melihat tapak projek yang terlibat dengan masalah banjir kilat yang berlaku setiap kali hujan lebat.

 

Katanya, beliau turut mengadakan sesi dialog bersama penduduk kawasan terjejas bagi mendapat gambaran masalah yang berlarutan ini.

 

“Hasil daripada perjumpaan ini, pihak JKR Kuala Muda akan mengadakan mesyuarat libat urus bersama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Pejabat Daerah dan beberapa agensi lain untuk menyelesaikan plan mitigasi banjir yang menyeluruh,” ujarnya.

 

"Kedah Sejahtera, Nikmat Untuk Semua"

Tiada ulasan