Header Ads

test

MB, DYTM SELANGOR HADIR MAJLIS BUKA PUASA DI STADIUM MBPJ

 


MB Kedah, Dato' Seri Muhammad Sanusi Md. Nor memenuhi undangan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM), Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk hadir dalam majlis berbuka puasa di Stadium MBPJ malam tadi.

Dalam majlis yang sama baginda turut perkenan bercemar duli menyampaikan sumbangan kepada beberapa buah asrama anak yatim.

Selepas berbuka, majlis diikuti dengan solat Maghrib, Isyak dan taraweh di tempat yang sama.

Kemudiannya Tuanku Raja Muda diiringi DS Haji Sanusi bersama menyaksikan perlawanan bola sepak Liga Super antara Selangor dan Kedah.

Selangor memperoleh kemenangan 4-1.

Selepas perlawanan, Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon dilihat berbual sesuatu dengan DS Haji Sanusi.

Tiada ulasan