Header Ads

test

SEMARAK ARRAYYAN MOTIVASI PECUTAN AKHIR


POKOK SENA - Pertubuhan Amal Wanita Sejahtera (PAWANIS) Pokok Sena menganjurkan Program Semarak ArRayyan sebagai motivasi pecutan akhir bagi menghadapi 10 hari terakhir Bulan Ramadan.


Program ini dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, YB Dato’ Ustazah Hajah Siti Ashah Haji Ghazali yang berlangsung di perkarangan Masjid Nurul Ehsan Langgar.


“Arrayan merupakan satu pintu dari pintu syurga yang kita idamkan, dan program ini kita adakan di seluruh daerah di Negeri Kedah sepanjang Bulan Ramadan.


“Pada tahun ini kita memilih Surah Assaf Ayat 1-10 sebagai ibrah dan penghayatan agar kita dapat mengetahui beberapa perkara yang sangat disukai oleh Allah SWT iaitu gerak kerja secara berkumpulan dan sistematik,” ujarnya.


ADUN Bukit Pinang, YB Romani Wan Salin menasihati supaya memanfaatkan baki 10 hari terakhir Ramadan ini dengan memperbanyakkan ibadah.


Dimaklumkan, di dalam program ini turut disampaikan beberapa anugerah kepada tokoh terpilih antaranya Anugerah Tokoh ArRayan Kategori Amilin Masjid telah dianugerahkan kepada Sukarno Abdul Hamid, Anugerah ArRayan Kategori Anak Muda dianugerahkan kepada Nusaibah Roslan dan Anugerah ArRayan kategori Tokoh pula telah dianugerahkan kepada Hajah Zaleha Jamaluddin.

Tiada ulasan