Header Ads

test

MENTERI BESAR AZAM TAMBAHKAN NILAI SUMBANGAN DAN PENERIMA TAHUN HADAPAN

 

POKOK SENA - Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor berazam untuk menambahkan lagi jumlah sumbangan dan jumlah penerima yang terdiri daripada guru al-Quran sukarela dan para penggiat penyumbang bakti kepada masyarakat di seluruh negeri Kedah. 

Katanya, apabila sebut tentang terhutang budi kita sering teringat guru-guru sama ada di sekolah, pensyarah di universiti atau di masjid-masjid tempat menadah kitab. 

"Jarang sekali orang teringat jasa bidan dan tok mudim. 

 "Sebab itulah kerajaan pilih kumpulan ini sebagai penerima sumbangan sempena Ramadan pada tahun ini," kata beliau dalam dalam Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Sumbangan kepada guru Al-Quran sukarela, bidan kampung, juru mandi jenazah, bomoh patah dan penggali kubur di Masjid Fathul Ariffin di sini. 



Tambahnya, mereka yang diraikan ini termasuk dalam golongan yang sangat berjasa kepada masyarakat dan termasuk dalam golongan yang disebut oleh Nabi SAW iaitu sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat kepada manusia-manusia lain. 

"Dalam kehidupan tidak boleh lepas hubungan dengan Allah SWT dan hubungan sesama manusia. 

"Tapi tiap-tiap perkara yang kita laksanakan akan ada kira-kira (balasan) di sisi Allah," katanya.


“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”


#MediaMBKedah 

#UrusSetiaPeneranganDarulAman

Tiada ulasan