Header Ads

test

ULTRAS KEDAH, KEPDA TERIMA SUMBANGAN DARIPADA KFA

 



Menteri Besar, YAB Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor menyampaikan sumbangan wang tunai kepada kelab penyokong Hijau Kuning iaitu Ultras Kedah dan Kelab Penyokong Kedah Darul Aman (KEPDA) di Wisma Darul Aman, hari ini.
Dato' Seri Muhammad Sanusi yang juga Presiden KFA berkata sumbangan itu bagi membantu pasukan membeli peralatan muzik tambahan seperti gendang dan drum.

Kelab Penyokong Hijau Kuning banyak memainkan peranan penting dalam menyemarakkan setiap perlawanan pasukan Kedah.

Ketika ramai yang kurang yakin dengan pasukan, merekalah yang meneruskan legasi sokongan sepanjang zaman di stadium sama ada di halaman sendiri atau di tempat lawan.


#MediaMBKedah
#UrusSetiaPeneranganDarulAman


Tiada ulasan