Header Ads

test

MB ZIARAH PAK DI HOSPITAL PULAU PINANG


Seawal Subuh MB, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor terus bergerak ke Hospital Pulau Pinang. 

Pagi tadi, ayahanda MB, menjalani pembedahan pintasan jantung. Ibu dan adik beradik MB hadir memberi semangat kepada ayahandanya, Haji Md Nor Taib. 


Kesemua adik beradik MB menunggu dengan penuh sabar sehingga selesai pembedahan. 

Alhamdulillah, syukur kepada Allah apabila pembedahan pintas jantung ke atas ayahanda Haji Md Nor telah berjaya.

Sama-sama kita doakan ayahanda MB kita dipulihkan kesihatannya.


Setelah selesai mendapat penerangan daripada Dr Abu Yamin, MB Sanusi terus bergerak ke Masjid Tandop Besar, Padang Terap untuk menyempurnakan majlis  sumbangan Ramadan kepada para bidan, bomoh patah, penggali kubur serta guru Al Quran sukarela. 

Walaupun dihimpit pelbagai rasa, Haji Sanusi cuba untuk memenuhi jadual-jadual harian dia. 

Semoga Allah mengurniakan kekuatan, kesabaran serta kesihatan yang berpanjangan kepada MB.

#MediaMBKedah 
#UrusSetiaPeneranganDarulAman

 

Tiada ulasan