Header Ads

test

HINDARI GEJALA NEGATIF YANG MENYUSAHKAN ORANG RAMAI


LANGKAWI - Penyalahgunaan dadah mendatangkan kesan buruk kepada diri dan masyarakat sekeliling.


Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor turut mengingatkan agar tidak mengambil kesempatan daripada penjualan najis dadah itu.


"Jangan mencuba najis dadah dan jangan mengambil keuntungan daripada jualan yang merosakkan orang ramai," kata Sanusi ketika Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Sumbangan kepada guru Al-Quran sukarela, bidan kampung, juru mandi jenazah, bomoh patah dan penggali kubur di Masjid Riyadzussolihin Ayer Hangat semalam.



Tambahnya, elakkan perkara-perkara yang boleh menimbulkan kebencian dan sebaliknya, lakukan amal kebaikan sebanyak mungkin.


Muhammad Sanusi juga berkata Pulau Langkawi merupakan pusat kemasukkan para pelancong dan 80% sumber ekonomi di pulau itu datangnya daripada industri pelancongan.



Beliau turut mengajak semua pihak bersama-sama dalam memeriahkan kembali pulau percutian itu selepas suram hampir 2 tahun.


"Marilah kita sama-sama menjaga dan memelihara Pulau Langkawi permata Kedah ini," ujar Sanusi.


“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

Tiada ulasan