Header Ads

test

Ustaz Azizan hampir dipenjara kerana Aman Central!


Aman Central menjadi bukti ‘Kedah Boleh’ dan impian Arwah Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak untuk mengubah minda dan persepsi orang kita mesti maju akhirnya telah tercapai.

Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata terlalu besar jasa Ustaz Azizan dan setiap kali melihat tersergamnya Aman Central ia menjadi penyuntik semangat bagi beliau sendiri untuk mencipta sesuatu demi kebaikan rakyat negeri ini.

Menurut Muhammad Sanusi, Ustaz Azizan pernah menerima saman perintah komital (bagi dipenjarakan) kerana gagal menjawab afidavit atas satu saman berkaitan isu pembinaan bangunan Aman Central.

Alhamdulillah perkara itu dapat diselesaikan.

“Itu antara yang berlaku di sebalik Aman Central, Ustaz Azizan tetap tegas untuk bangunkan bangunan ini dan sekarang ia menjadi kebanggaan rakyat Kedah dan Alor Setar menjadi antara ibu negeri yang berdaya saing sekarang ini," kata Sanusi.

Beliau turut menceritakan ketika majlis pecah tanah Aman Central diadakan, ada pihak yang berdemontrasi di seberang jalan (hadapan Menara Alor Setar).

Bagi Muhammad Sanusi, kumpulan itu mungkin tidak faham tujuan asal pembinaan Aman Central atau mungkin mereka terperangkap kerana tidak faham keadaan sebenar.

Tambahnya lagi, Ustaz Azizan mahu memacu ekonomi negeri ini dengan cara menarik pelaburan besar dan memberi impak terbaik yang berpanjangan.

“Itu antara sebab kita bangunkan Aman Central yang terbengkalai selama 34 tahun sebelum 2011," tegas Haji Sanusi.


#MediaMBKedah 

#UrusSetiaPeneranganDarulAman

Tiada ulasan