Header Ads

test

PUSRASIK, RTM, SWCORP RAI ANAK YATIM, IBU TUNGGAL



ALOR SETAR - Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Sik (PUSRASik) dengan kerjasama RTM Kedah dan SWCorp meraikan 20 anak yatim dan ibu tunggal dalam program Jelajah Ramadan di Masjid Al-Ehsan Kariah Kampung Tupai, baru-baru ini.

 

Ahli Parlimen Sik, YB Ahmad Tarmizi Sulaiman berkata program yang berkonsepkan Keluarga Malaysia ini memupuk semangat kekeluargaan dan prihatin terhadap golongan yang kurang berkemampuan. 

 

“Majlis ini meraikan seramai 10 orang anak-anak yatim dan 10 orang ibu tunggal di sekitar Sik serta 20 puluh keluarga terpilih dari Kampung Tupai yang terdiri dari penoreh getah dan keluarga yang kurang berkemampuan diberi sumbangan bagi menerima sumbangan Khas Ramadan.

 

“Sudah pastilah program Jelajah Ramadan hari ini akan memberi satu mesej yang sangat besar kepada masyarakat khususnya bagaimana kita seluruh rakyat perlu melihat bahawa Ramadan bukan hanya untuk kita berpuasa semata-mata,” ujarnya.

 

Menurut Pengarah RTM Kedah, Sharimah Abu Bakar program ini adalah seperti serampang dua mata iaitu kita dapat mempromosikan Radio Malaysia Kedah kepada masyarakat di negeri ini anjuran RTM.

 

Hadir sama, Pegawai Khas Kawasan kepada Menteri Besar Kedah, Haji Badrul Hisham Abdul Rahman dan Ustaz Rizal Mat Zainon, Penolong Pegawai Daerah, Mohd Amin Jaafar, Pegawai Agama Daerah Sik, Syeikh Naem Ahmad, Penolong Pegawai Agama Daerah Sik, Syeikh Mohd Rasydan Abdul Rahman,Pengurus SW Corp Cawangan Sik, Nordin Ahmad, Penghulu Mukim Jeneri, Fazaidi Saidin, Penghulu Mukim Teloi, Yusof Abdul Rashid dan Penghulu Mukim Sok, Muhammad Shamil Roslee.

Tiada ulasan